PELANCONGAN MALAYSIA
Destinasi
Budaya
Makanan Tradisi
Peristiwa
Yahoo
Netscape
Tripod
Googles
AltaVista
view my guestbook | sign my guestbook
get your free guestbook
Malaysia memiliki banyak destinasi pelancongan yang menarik. Pihak kerajaan dengan bantuan sektor swasta telah melaksanakan beberapa projek mega bagi meningkatkan lagi bilangan kehadiran pelancong ke negara kita. Di samping itu juga program penggalakan pelancongan tempatan telah diadakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia dengan kerjasama stesyen-stesyen Televisyen tempatan seperti RTM, TV3 dan NTV7. Di peringkat serantau pula pihak kementerian dengan kerjasama negara-negara ASEAN telah berusaha melaksanakan program Melawat Malaysia dan ianya telah menempah kejayaan yang memberangsangkan dengan peningkatan jumlah pelancong tempatan dan asing yang begitu ketara. Pelbagai promosi dan agenda menarik telah disusun bagi menyambut kehadiran mereka. Di antara destinasi pelancongan menarik di Malaysia ialah Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Menara Kuala Lumpur dan Menara PETRONAS.

PULAU LANGKAWI

Terletak di dalam wilayah negeri Kedah dan dianggap sebagai antara destinasi pelancongan utama di ASEAN dengan pelbagai kemudahan dan tempat-tempat perkelahan yang pasti mendamaikan jiwa anda. Antara tempat-tempat yang menarik di sini ialah Gunung Macincang, Pulau Dayang Bunting dan Pekan Kuah.

PULAU TIOMAN

Tergolong sebagai antara 10 pulau tercantik di dunia pastinya menjanjikan keseronokan dan ketenangan yang anda idam-idamkan. Keindahan dasar lautnya pasti menggamit jiwa anda untuk mengunjungi pulau ini.

MENARA KUALA LUMPUR

Merupakan salah satu mercu tanda Kuala Lumpur yang pasti akan meninggalkan kenangan manis buat anda. Terletak di Bukit Nenas di tengah-tengah ibu kota menjanjikan anda pemandangan yang indah lagi menarik persekitaran ibu kota terutamanya di malam hari.

MENARA PETRONAS

Salah satu destinasi yang mesti dilawati. Merupakan bangunan tertinggi di dunia dan pastinya menggamit keinginan anda untuk mengunjunginya. Pelbagai kemudahan dan keistimewaan disediakan buat pengunjung yang pastinya menjadi buah tangan paling bermakna buat anda.

mail