PELANCONGAN MALAYSIA
Destinasi
Budaya
Makanan Tradisi
Peristiwa
Yahoo
Netscape
Tripod
Googles
AltaVista
view my guestbook | sign my guestbook
get your free guestbook
Malaysia dikenali kerana masyarakatnya yang berbilang kaum dan datang daripada latar belakang yang berbeza. Setiap daripada kaum ini mempunyai budaya dan cara hidup yang tersendiri dan unik. 3 kaum utama yang membentuk masyarakat majmuk ini terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Selain daripada itu terdapat penduduk peribumi yang lain seperti Kadazan, Iban, Murut dan Orang Sungai di negeri Sabah dan Serawak. Menariknya mengenai kaum-kaum ini ialah mereka mampu untuk hidup di dalam suasana yang harmonis walaupun memiliki tatacara hidup dan budaya yang berbeza. Di pihak kerajaan pula, bagi mengekalkan kebudayaan masyarakat tempatan yang bernilai ini, pelbagai aktiviti dan program kebudayaan dianjurkan bagi memastikan kesinambungan seni budaya ini untuk tatapan generasi masa hadapan di samping merupakan salah satu daripada produk pelancongan negara yang utama. Di antara bentuk seni budaya ini ialah seperti tarian, permainan tradisional dan pelbagai lagi.

TARIAN

Tarian merupakan tunjang bagi pelbagai bentuk kesenian yang terdapat di Malaysia. Persembahannya amat unik dan mempersonakan. Ia dipersembahkan dalam berbagai bentuk dan gaya. Pergerakannya yang lemah gemalai diiringi dengan nyanyian dan muzik menggambarkan betapa negara kaya dengan warisan kesenian. Tarian-tarian Malaysia di persembahkan untuk berbagai acara diantaranya upacara perkahwinan, pesta menuai dan majlis-majlis keraian peringkat negeri. Tarian dinikmati dan digemari bukan saja oleh golongan muda tapi juga golongan tua.

Tarian Asli

Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adengan berbalas pantun seperti dalam dondang sayang.

Tarian Ayam Didik

Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar, Perlis. Adalah perlu diringi oleh lagu Ayam Didik. Alat-alat muzik yang mengiringi tarian ini adalah biola, gendang dan celempong.

Tarian Menyambut Tahun Baru

Menyambut Tahun Baru adalah saat yang paling gembira bagi tahun berkenaan. Musim inilah yang ditunggu oleh kebanyakan masyarakat dan kegembiraan ini digambarkan di dalam tarian. Dalam urutan tarian ini, penari kelihatan sedang membuat persiapan untuk Tahun Baru secara besar-besaran. Tarian ini juga menunjukkan gadis-gadis menghias diri untuk menyambut perayaan ini.

PERMAINAN TRADISIONAL

Malaysia masyhur dengan permainan tradisionalnya yang unik dan pelbagai. Permainan-permainan ini dimainkan secara sama ada bersendirian atau secara berkumpulan. Antaranya ialah permainan gasing dan wau yang begitu terkenal di negeri-negeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. Selain daripada itu terdapat juga permainan sepak raga, guli dan congkak. Kesemua permainan ini mewakili identiti setiap kaum yang terdapat di Malaysia. Begitulah uniknya Malaysia.

mail