PELANCONGAN MALAYSIA
Destinasi
Budaya
Makanan Tradisi
Peristiwa
Yahoo
Netscape
Tripod
Googles
AltaVista
view my guestbook | sign my guestbook
get your free guestbook
Negeri Kelantan mempunyai pelbagai masakan dan makanan tradisional yang unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Apa yang unik mengenai masakan di Kelantan adalah dari segi makanan itu sendiri, warna, bentuk dan kebanyakannya adalah agak manis. Di antara tempat-tempat yang dikunjungi untuk menjamu selera adalah di sekitar bandar Kota Bharu dan Jalan Pekeliling. Untuk waktu malam tempat tersebut adalah Pasar Malam Parit Dalam dan di antara persimpangan Jalan Padang Garong dan Jalan Pengkalan Chepa.Tidak dapat dinafikan, masakan di Kelantan mempunyai pengaruh daripada Thai. Pengunjung boleh menikmati masakan-masakan istimewa Thai di Kota Bharu.

NASI TUPANG

Nasi ini dibungkus dalam daun pisang. Ia boleh dimakan bersama kari atau rendang daging.

NASI DAGANG

Nasi Dagang merupakan kelebihan utama negeri Kelantan. Ia dihasilkan dari beras pulut dan dihidangkan dengan gulai ikan tuna dan gulai ayam.

LAKSA

Laksa adalah sejenis mee putih yang dihidangkan bersama-sama dengan kuah yang diperbuat daripada ikan, santan, bawang, asam jawa dan cili.

KUIH YANG LAZAT DAN ENAK

Keenakan dan keistimewaan Cik Mek Molek, Buah Tanjung, Nasi Kaya, Jala Mas, Tepung Pelita dan Akok merupakan kuiih tradisional yang wajib dinikmati oleh pengunjung. Ia boleh di beli dengan senang dipasar Siti Khadijah atau di pasar malam. Kuih Akok diperbuat daripada telur itik, nisan, gandum, dan lain-lain lagi. Selain akok, kuih lain yang menggunakan telur itik ialah Buah tanjung. Masakan Kelantan sememangnya menawarkan keenakan yang tiada tandingan.

mail